Monday, December 5, 2016

Peraturan USECHH 2000 (Bahagian 1)

Hari ini saya ingin berkongsi mengenai salah satu Peraturan yang pada pandangan saya terpakai di hampir setiap tempat kerja. Peraturan yang saya maksudkan adalah:-
 

PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (PENGGUNAAN DAN STANDARD PENDEDAHAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA KEPADA KESIHATAN) 2000.

OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH (USE AND STANDARD EXPOSURE TO CHEMICAL HAZARDOUS TO HEALTH) 2000.


Peraturan ini mula berkuatkuasa pada 4 April 2000.

Peraturan ini terdiri daripada 30 Peraturan dan 3 Jadual.

Peraturan 2 menerangkan tafsiran berkaitan penggunaan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan. Berikut adalah beberapa tafsiran berdasarkan Peraturan:

1. "bahan kimia berbahaya kepada kesihatan" - ertinya adalah mana-mana bahan kimia yang:-

    a. Disenaraikan dalam Jadual 1 & 2,
    b. Mempunyai sifat-sifat yang dikategorikan dalam Bahagian B Jadual I Peraturan-Peraturan
        Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pembungkusan dan Pelabelan Bahan
        Kimia Berbahaya)1997. (kini Peraturan CLASS 2013)
    c. Terdapat dalam takrif "racun makhluk perosak" di bawah Akta Racun Makhluk Perosak 1974
    d. Disenaraikan dalam Jadual Pertama Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling
        (Buangan Terjadual) 1989

2. "pembekal" - ertinya seseorang yang membekalkan bahan kimia termasuklah perumus, pengilang,
     pengimport atau pengedar

3. "penggunaan" - ertinya pengeluaran, pemprosesan, pengendalian, penyimpanan, pengangkutan,
     pelupusan dan perawatan.

Peraturan 3 (1) & (2) menyatakan Pengecualian penggunaan Peraturan USECHH 2000. Peraturan ini terpakai disemua tempat kerja yang dalam bidang kuasa Akta yang bahan kimia berbahaya kepada kesihatan digunakan KECUALI bahan kimia yang :-

1. ditakrifkan sebagai bahan radioaktif di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984

2. barang makanan

3. berbahaya kepada kesihatan semata-mata oleh sebab sifat mudah meletup atau mudah terbakar,
    atau semata-mata kerana bahan kimia tersebut berada pada suhu tinggi atau rendah atau pada
    tekanan tinggi

4. keluaran farmaseutikal - iaitu sesuatu dadah dalam bentuk dos farmaseutikal untuk digunakan
    oleh manusia sebagai ubat.

Peraturan 4 (1) & (2) menyatakan kewajipan majikan dan orang yang bekerja sendiri berkenaan: Pematuhan Peraturan 26 (1),(2),(3),(4) & Peraturan 27 (1),(2),(3),(4),(5),(6)-

a. Menjalankan Pemantauan Pendedahan hanya kepada pekerja dan juga kepada mereka yang menjalankan kerja-kerja untuk majikan di premis majikan.
b. Menjalankan Program Pengawasan Kesihatan hanya kepada pekerja syarikat sahaja.

Peraturan ini kecuali peraturan 26 & 27 terpakai kepada orang yang bekerja sendiri sebagaimana terpakai kepada majikan dan pekerja.

Peraturan 5 (1),(2),(3) & (4) menyatakan keperluan majikan untuk mengenalpasti dan merekod dalam suatu daftar (daftar bahan kimia) semua bahan kimia berbahaya kepada kesihatan yang digunakan ditempat kerja.

Maklumat-maklumat yang wajib ada di dalam daftar tersebut (Sekiranya daftar disediakan tanpa merujuk kepada garis panduan penyediaan daftar bahan kimia, 2000).
  i. Senarai semua daftar bahan kimia berbahaya kepada kesihatan yang digunakan
 ii. Risalah Data Keselamatan Kimia semasa bagi setiap bahan kimia berbahaya kepada kesihatan kecuali racun makhluk perosak yang hendaklah mempunyai maklumat sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual III
iii. Jumlah purata yang digunakan, dikeluarkan atau disimpan dalam sebulan atau setahun mengikut mana-mana yang terpakai bagi setiap bahan kimia berbahaya kepada kesihatan
iv. Proses dan kawasan kerja yang bahan kimia berbahaya kepada kesihatan digunakan
 v. Nama dan alamat pembekal setiap bahan kimia berbahaya kepada kesihatan

Daftar yang telah disediakan hendaklah mudah diperoleh ditempat kerja yang pekerjanya terdedah atau mungkin terdedah kepada bahan kimia berbahaya kepada kesihatan

Majikan tidak perlu mematuhi keperluan sub-peraturan 1 & 2 sekiranya majikan telah memenuhi keperluan peraturan 9 dan sub-peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 1989

Peraturan 6 Menyatakan keperluan majikan untuk memastikan pendedahan pekerja kepada bahan kimia berbahaya kepada kesihatan yang tersenarai dalam jadual 1 pada bila-bila masa tidak melebihi had siling yang ditetapkan di dalam jadual.

Peraturan 7 (1)&(2)
(1) Menyatakan keperluan majikan untuk memastikan pendedahan pekerja kepada bahan kimia berbahaya kepada kesihatan yang tersenarai dalam jadual 1 dalam mana-mana giliran kerja 8jam bagi satu minggu bekerja tidak melebihi purata berpemberat masa lapan jam yang ditetapkan di dalam jadual. 

(2)  Walau apa pun subperaturan (1), pendedahan mana-mana orang kepada mana-mana bahan kimia berbahaya kepada kesihatan yang disenaraikan dalam Jadual I, tidak boleh melebihi had pendedahan maksimum untuk bahan kimia itu semasa giliran kerja.


"Keselamatan dan Kesihatan Di Tempat Kerja Tanggungjawab Bersama"

No comments:

Post a Comment