Monday, December 5, 2016

Peraturan USECHH 2000 (Bahagian 1)

Hari ini saya ingin berkongsi mengenai salah satu Peraturan yang pada pandangan saya terpakai di hampir setiap tempat kerja. Peraturan yang saya maksudkan adalah:-
 

PERATURAN-PERATURAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (PENGGUNAAN DAN STANDARD PENDEDAHAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA KEPADA KESIHATAN) 2000.

OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH (USE AND STANDARD EXPOSURE TO CHEMICAL HAZARDOUS TO HEALTH) 2000.


Peraturan ini mula berkuatkuasa pada 4 April 2000.

Peraturan ini terdiri daripada 30 Peraturan dan 3 Jadual.

Peraturan 2 menerangkan tafsiran berkaitan penggunaan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan. Berikut adalah beberapa tafsiran berdasarkan Peraturan:

1. "bahan kimia berbahaya kepada kesihatan" - ertinya adalah mana-mana bahan kimia yang:-

    a. Disenaraikan dalam Jadual 1 & 2,
    b. Mempunyai sifat-sifat yang dikategorikan dalam Bahagian B Jadual I Peraturan-Peraturan
        Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pembungkusan dan Pelabelan Bahan
        Kimia Berbahaya)1997. (kini Peraturan CLASS 2013)
    c. Terdapat dalam takrif "racun makhluk perosak" di bawah Akta Racun Makhluk Perosak 1974
    d. Disenaraikan dalam Jadual Pertama Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling
        (Buangan Terjadual) 1989

2. "pembekal" - ertinya seseorang yang membekalkan bahan kimia termasuklah perumus, pengilang,
     pengimport atau pengedar

3. "penggunaan" - ertinya pengeluaran, pemprosesan, pengendalian, penyimpanan, pengangkutan,
     pelupusan dan perawatan.

Peraturan 3 (1) & (2) menyatakan Pengecualian penggunaan Peraturan USECHH 2000. Peraturan ini terpakai disemua tempat kerja yang dalam bidang kuasa Akta yang bahan kimia berbahaya kepada kesihatan digunakan KECUALI bahan kimia yang :-

1. ditakrifkan sebagai bahan radioaktif di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984

2. barang makanan

3. berbahaya kepada kesihatan semata-mata oleh sebab sifat mudah meletup atau mudah terbakar,
    atau semata-mata kerana bahan kimia tersebut berada pada suhu tinggi atau rendah atau pada
    tekanan tinggi

4. keluaran farmaseutikal - iaitu sesuatu dadah dalam bentuk dos farmaseutikal untuk digunakan
    oleh manusia sebagai ubat.

Peraturan 4 (1) & (2) menyatakan kewajipan majikan dan orang yang bekerja sendiri berkenaan: Pematuhan Peraturan 26 (1),(2),(3),(4) & Peraturan 27 (1),(2),(3),(4),(5),(6)-

a. Menjalankan Pemantauan Pendedahan hanya kepada pekerja dan juga kepada mereka yang menjalankan kerja-kerja untuk majikan di premis majikan.
b. Menjalankan Program Pengawasan Kesihatan hanya kepada pekerja syarikat sahaja.

Peraturan ini kecuali peraturan 26 & 27 terpakai kepada orang yang bekerja sendiri sebagaimana terpakai kepada majikan dan pekerja.

Peraturan 5 (1),(2),(3) & (4) menyatakan keperluan majikan untuk mengenalpasti dan merekod dalam suatu daftar (daftar bahan kimia) semua bahan kimia berbahaya kepada kesihatan yang digunakan ditempat kerja.

Maklumat-maklumat yang wajib ada di dalam daftar tersebut (Sekiranya daftar disediakan tanpa merujuk kepada garis panduan penyediaan daftar bahan kimia, 2000).
  i. Senarai semua daftar bahan kimia berbahaya kepada kesihatan yang digunakan
 ii. Risalah Data Keselamatan Kimia semasa bagi setiap bahan kimia berbahaya kepada kesihatan kecuali racun makhluk perosak yang hendaklah mempunyai maklumat sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual III
iii. Jumlah purata yang digunakan, dikeluarkan atau disimpan dalam sebulan atau setahun mengikut mana-mana yang terpakai bagi setiap bahan kimia berbahaya kepada kesihatan
iv. Proses dan kawasan kerja yang bahan kimia berbahaya kepada kesihatan digunakan
 v. Nama dan alamat pembekal setiap bahan kimia berbahaya kepada kesihatan

Daftar yang telah disediakan hendaklah mudah diperoleh ditempat kerja yang pekerjanya terdedah atau mungkin terdedah kepada bahan kimia berbahaya kepada kesihatan

Majikan tidak perlu mematuhi keperluan sub-peraturan 1 & 2 sekiranya majikan telah memenuhi keperluan peraturan 9 dan sub-peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 1989

Peraturan 6 Menyatakan keperluan majikan untuk memastikan pendedahan pekerja kepada bahan kimia berbahaya kepada kesihatan yang tersenarai dalam jadual 1 pada bila-bila masa tidak melebihi had siling yang ditetapkan di dalam jadual.

Peraturan 7 (1)&(2)
(1) Menyatakan keperluan majikan untuk memastikan pendedahan pekerja kepada bahan kimia berbahaya kepada kesihatan yang tersenarai dalam jadual 1 dalam mana-mana giliran kerja 8jam bagi satu minggu bekerja tidak melebihi purata berpemberat masa lapan jam yang ditetapkan di dalam jadual. 

(2)  Walau apa pun subperaturan (1), pendedahan mana-mana orang kepada mana-mana bahan kimia berbahaya kepada kesihatan yang disenaraikan dalam Jadual I, tidak boleh melebihi had pendedahan maksimum untuk bahan kimia itu semasa giliran kerja.


"Keselamatan dan Kesihatan Di Tempat Kerja Tanggungjawab Bersama"

Saturday, September 13, 2014

SIAPA DAN APAKAH TANGGUNGJAWAB MAJIKAN

Assalammualaikum W.b.t

Post kali ini saya akan terangkan apakah tanggungjawab majikan dan akan dikaitkan dengan keperluan AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 & AKTA KILANG DAN JENTERA 1967. Ini memandangkan ramai majikan kurang memahami tanggungjawab untuk mematuhi akta dan peraturan- peraturan dibawahnya.

Sebelum saya terangkan dengan lebih lanjut mengenai tanggungjawab majikan, saya akan terangkan dulu definisi majikan menurut AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994:-

Majikan menurut akta adalah majikan langsung atau majikan utama atau kedua-duanya.

Berikut adalah definisi bagi
1. Majikan Langsung
2. Majikan Utama

Majikan Langsung
- berhubungan dengan pekerja yang diambil khidmat oleh atau melaluinya, ertinya seseorang yang telah mengakujanji untuk melaksanakan, ditempat kerjadi mana majikan utama menjalankan perdagangan, perniagaan, profesion, vokasion, pekerjaan atau pencariannya di bawah pengawasan majikan utama atau ejennya, kesemua atau mana-mana bahagian apa-apa kerja yang biasanya menjadi sebahagian daripada kerja perdagangan, perniagaan, profesion, vokasion, pekerjaan atau pencarian majikan utama ituatau yang menjadi permulaan bagi kerja yang dijalankan dalam atau bersampingan dengan maksud mana-mana perdagangan, perniagaan, profesion, vokasion, pekerjaan atau pencarian itu dan termasuklah seseorang yang olehnya perkhidmatan seseorang pekerja yang telah membuat kontrak perkhidmatan dengan dipinjamkan atau disewakan untuk sementara kepada majikan utama.

Majikan Utama
-pemunya suatu industri atau orang yang dengannya seseorang pekerja telah membuat kontrak perkhidmatan dan termasuklah:-
a) pengurus, ejen atau orang yang bertanggungjawab bagi pembayaran gaji atau upah kepada seseorang pekerja.
b) penghuni sesuatu tempat kerja.
c) wakil disisi undang-undang pemunya atau penghuni yang telah meninggal dunia; dan
d) mana-mana kerajaan di Malaysia, jabatan mana-mana kerajaan itu, pihak berkuasa tempatan atau badan berkanun.

Contoh:- Ali di lantik sebagai Penyelia Keselamatan Tapak Bina (SSS) di syarikat A. Syarikat A merupakan Subkontraktor kepada syarikat B (Pemunya Projek). 

Berdasarkan contoh di atas Menunjukkan Syarikat A merupakan majikan langsung kepada pekerja, manakala Syarikat B merupakan majikan utama kepada pekerja tersebut.

Walaubagaimanapun, tindakan boleh diambil kepada majikan langsung atau majikan utama atau kepada kedua-duanya sekiranya gagal memastikan pematuhan terhadap Akta dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.

Seksyen 15, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 menyatakan tentang tanggungjawab majikan dan orang yang bekerja sendiri. 

Di sini saya akan terangkan Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap dan tiap-tiap orang yang bekerja sendiri untuk memastikan, setakat yang praktik, keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja semua pekerjanya.

Setakat yang praktik bermaksud langkah kawalan dan pencegahan yang dilakukan bergantung kepada kesesuaian dan kemampuan majikan. Langkah kawalan dan pencegahan tersebut dikatakan praktik selagi ianya masih dapat melindungi keselamatan dan kesihatan pekerja. Sekiranya terjadinya kemalangan atau penyakit pekerjaan, maka langkah kawalan dan pencegahan tersebut dikatakan sudah tidak praktik dan perlu dipinda.


Semoga info ringkas ini dapat membantu terutama kepada anda yang baru hendak menceburi bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

"Keselamatan dan Kesihatan Di Tempat Kerja Tanggungjawab Bersama"

Friday, August 30, 2013

PERBEZAAN DOSH & NIOSH

Assalammualaikum W.b.t

Terima Kasih kerana sudi melawat blog ini. Tujuan blog ini diwujudkan adalah untuk membantu majikan dan pekerja memahami dan mematuhi AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 & AKTA KILANG DAN JENTERA 1967.

Selain itu, bagi yang berminat untuk menjadi OYK, saya akan cuba menerangkan tugas, syarat kelayakan untuk menjadi seorang OYK.

JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (JKKP/DOSH)



Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP) ialah sebuah Jabatan di bawah Kementerian Sumber Manusia. Jabatan bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang yang sedang bekerja, dan melindungi orang lain daripada bahaya-bahaya keselamatan dan kesihatan yang berpunca daripada aktiviti pekerjaan pelbagai sektor iaitu:
  • Pengilangan 
  • Perlombongan dan Pengkuarian
  • Pembinaan 
  • Hotel dan Restoran 
  • Pertanian, Perhutanan dan Perikanan
  • Pengangkutan, Penyimpanan dan Komunikasi 
  • Perkhidmatan Awam dan Pihak Berkuasa Berkanun 
  • Kemudahan - Gas, Elektrik, Air dan Perkhidmatan Kebersihan
  • Kewangan, Insuran, Hartanah dan Perkhidmatan Perniagaan
  • Perniagaan Borong dan Runcit
Jabatan merupakan agensi kerajaan yang diberi tanggungjawab untuk mentadbir dan menguatkuasakan perundangan mengenai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di negara ini dengan wawasan menjadi sebuah organisasi yang menerajui negara dalam membentuk budaya kerja selamat dan sihat ke arah mempertingkatkan kualiti hidup semasa bekerja.

dipetik dari: http://www.dosh.gov.my

INSTITUT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (NIOSH)

NIOSH adalah dalam kedudukan untuk membantu industri dalam mencapai matlamat ini. Kami melengkapi usaha Kerajaan dengan menyediakan latihan, perundingan dan perkhidmatan penyebaran maklumat kepada industri. Kami juga menjalankan aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang akan membantu dalam pembangunan OSH di negara ini. Misi kami adalah untuk menjadi rakan kongsi industri ke arah pematuhan OSH penuh.

NIOSH industri membantu ke arah pematuhan dari segi menyediakan perkhidmatan seperti penilaian risiko kesihatan kimia (CHRA) serta kimia, perubatan dan pemantauan kesihatan. Kami juga menyediakan perkhidmatan perundingan, nasihat dan cadangan kepada industri pada sistem yang selamat dan sihat di tempat kerja. Kami sentiasa membangunkan tenaga kerja dan kepakaran kami tentang bahaya baru dan semasa dan isu-isu keselamatan dan kesihatan seperti tekanan di tempat kerja, masalah yang berkaitan dengan pengendalian manual, sakit belakang dan pengesanan, pemantauan dan kawalan pendedahan kimia menyebabkan kemalangan kerja yang berkaitan dan penyakit.

Dari segi pentadbiran dan pengurusan, NIOSH juga menawarkan perkhidmatan latihan memahami keperluan perundangan Akta OSHA dan Akta Kilang dan Jentera, latihan orang yang kompeten untuk tugas-tugas kerja tertentu seperti yang dikehendaki di bawah Akta ini, latihan tenaga pengajar bagi kursus-kursus tertentu dan lain-lain Kami juga menawarkan khidmat nasihat mengenai Keselamatan dan Sistem Pengurusan Kesihatan, membangunkan dan Manual Prosedur, Audit Keselamatan, Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko, Kecemasan atau Pengurusan Krisis dan sebagainya.

dipetik dari: http://www.niosh.com.my